DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK PELANGGAN / BAKAL PELANGGAN

Kami menghargai data peribadi pelanggan dan bakal pelanggan kami. Dasar Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

  1. Pengumpulan dan Sumber

    Dalam perjalanan urusan anda dengan kami, IJM Land Berhad dan subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikatnya (dirujuk secara kolektif sebagai “kami” dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini), kami akan meminta anda untuk membekalkan data peribadi anda (“Data Peribadi”), bagi membolehkan kami untuk memasuki transaksi dengan anda atau menghubungi anda mengenai perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan perniagaan kami. Ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    1. perjanjian untuk jual beli atau sub-jualan hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami;
    2. borang-borang kami sama ada dalam format elektronik ataupun bercetak;
    3. apa-apa surat-menyurat yang kami terima daripada anda untuk meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan; dan/atau
    4. kad perniagaan atau maklumat lain yang dibekalkan kepada kami atau yang telah diletakkan di dalam premis kami atau diberikan kepada pekerja atau ejen jualan atau pemasaran kami atau ejen kami yang lain.
  2. Jenis-jenis Data Peribadi

    Data Peribadi tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, alamat e-mel, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, lingkungan pendapatan, maklumat perhubungan seperti telefon, nombor telefon bimbit dan faksimili, bangsa, kewarganegaraan, jenis-jenis pinjaman yang dipohon berhubung dengan pembelian harta, dan maklumat-maklumat pihak ketiga seperti orang untuk dihubungi semasa kecemasan, penyewa, wakil-wakil yang telah diberikan kuasa, kontraktor, peguam, dan pembiaya, yang mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data atau undang-undang lain yang berkenaan.


  3. Tujuan-tujuan Pemprosesan

    Kami memproses Data Peribadi anda untuk, antara yang lain, tujuan-tujuan yang berikut (secara kolektif, "Tujuan"):

    1. penyampaian kepada anda notis, maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk semasa dan masa hadapan kami dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut serta pelancaran produk baru, acara, acara promosi dan pertandingan;
    2. menyediakan dan melaksanakan semua dokumen dan perjanjian yang diperlukan dengan anda seperti yang berkaitan dengan transaksi penjualan dan pembelian, dan untuk menjalankan kewajipan di bawah perjanjian tersebut untuk produk, perkhidmatan, dan/atau harta kami yang diperlukan bagi menjalankan dan mentadbir perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan pentadbiran jualan dan pengurusan harta serta transaksi sub-jualan, pembiayaan semula dan jualan melalui lelongan;
    3. pemungutan pembayaran tertunggak;
    4. tujuan-tujuan yang diperuntukkan dalam mana-mana perkhidmatan atau produk tertentu yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi perniagaan kami;
    5. untuk mentadbir dan menjalankan prosedur pengurusan hubungan pelanggan dan bakal pelanggan kami;
    6. mengekalkan rekod pelanggan, bakal pelanggan dan penyimpanan rekod dalaman kami;
    7. menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran, profil pelanggan dan pembangunan perniagaan serta penyelidikan pemasaran dan analisis statistik dan tinjauan pelanggan mengenai projek, produk dan/atau perkhidmatan kami;
    8. mematuhi sebarang undang-undang atau keperluan peraturan dan membuat pendedahan yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, dan/atau kod yang terpakai dan juga untuk pencegahan jenayah;
    9. milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/estet, perkhidmatan pelanggan, dan/atau kerja-kerja pembetulan kerosakan; dan/atau
    10. perkhidmatan selepas pemilikan kosong seperti perkhidmatan rumah kelab dan perkhidmatan keselamatan.

    Untuk senarai subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad yang sedang memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut, sila layari laman web kami di www.ijmland.com.


  4. Pendedahan

    Secara umumnya, kami akan menyimpan Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami secara sulit. Walaubagaimanapun, anda bersetuju dengan pendedahan Data Peribadi berikut oleh kami kepada kumpulan-kumpulan pihak ketiga berikut yang mungkin terletak di dalam ataupun di luar Malaysia untuk sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan:

    1. mana-mana pihak yang kami berada di bawah kerperluan perundangan untuk mendedahkan Data Peribadi kepadanya di bawah undang-undang terpakai atau sebagai jawapan kepada badan berkuasa, termasuklah agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan/atau pengawal selia industri termasuk tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, pendaftaran tanah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga kepada mana-mana pihak ketiga menurut mana-mana perintah mahkamah;
    2. pembekal kemudahan awam dan utiliti, temasuk tetapi tidak terhad kepada Indah Water Konsortium, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad;
    3. kontraktor dan pembekal perkhidmatan, temasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, perunding, akauntan, peguam, penasihat kewangan dan profesional, pemberi pinjaman, syarikat insurans dan syarikat pengurusan harta;
    4. subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli kami dalam kumpulan syarikat-syarikat IJM Land Berhad;
    5. rakan-rakan usahasama dan perniagaan kami; dan/atau
    6. pemilik tanah yang berkenaan, Badan Pengurusan Bersama, perbadanan pengurusan dan/atau pertubuhan penduduk.
  5. Perlindungan Data Peribadi

    Data Peribadi anda adalah penting kepada kami. Kami komited dalam menjaga dan memproses Data Peribadi dalam keadaan yang selamat. Kami akan melaksanakan perlindungan pentadbiran dan keselamatan, prosedur dan polisi yang sesuai setakat yang praktikal dan mengikut undang-undang yang terpakai, untuk mengelakkan sebarang pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan dan salah di sisi undang-undang, dan juga untuk mengelakkan kerugian, kemusnahan atau kerosakan tak sengaja kepada Data Peribadi pada setiap masa.


  6. Akibat Keengganan atau Kegagalan untuk Membekal

    Keengganan atau kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi boleh menyebabkan yang berikut:

    1. ketidakupayaan pihak-pihak untuk merasmikan dan/atau menjalankan perjanjian atau transaksi yang berkenaan, mengenai penjualan hartanah, produk dan/atau perkhidmatan kami;
    2. ketidakupayaan kami untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang diminta; dan/atau
    3. ketidakupayaan untuk membekalkan anda dengan maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami dan mendapatkan maklum balas anda mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami.
  7. Akses dan Pembetulan

    Anda mempunyai hak untuk:

    1. memeriksa sama ada kami memegang atau menggunakan Data Peribadi dan meminta akses kepada yang sama;
    2. meminta kami untuk membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini;
    3. memaklumkan kami bantahan anda kepada penggunaan Data Peribadi untuk matlamat pemasaran;
    4. menarik balik, sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan perundangan yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

    Anda boleh meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi atau mengehadkan pemprosesan yang sama pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kedaerahan kami seperti berikut:

    1. Central Region
      No. Tel: (603)7985 8188
      No. Faks: (603)7952 9848
      E-mel: pdpa.ijmlandpj@ijm.com
    2. Penang
      No. Tel: (604)296 1244
      No. Faks: (604)296 1250
      E-mel: pdpa.ijmlandpg@ijm.com
    3. Seremban 2
      No. Tel: (606)761 3888
      No. Faks: (606)761 9888
      E-mel: pdpa.ijmlands2@ijm.com
    4. Bandar Rimbayu
      No. Tel: 1700 81 8686
      No. Faks: 1700 81 0526
      E-mel: pdpa.ijmlandrimbayu@ijm.com
    5. Johor
      No. Tel: (607)339 1888
      No. Faks: (607)333 4803
      E-mel: pdpa.ijmlandjb@ijm.com
    6. Johor (Sebana Cove)
      No. Tel: (607)861 4888
      No. Faks: (607)863 0369
      E-mel: pdpa.ijmlandjb1@ijm.com
    7. Johor (Nasa Land)
      No. Tel: (607)357 8899
      No. Faks: (607)359 1188
      E-mel: pdpa.ijmlandjb2@ijm.com
    8. Sandakan
      No. Tel: (6089)671 899
      No. Faks: (6089)673 860
      E-mel: pdpa.ijmlandsdk@ijm.com
    9. Kuching
      No. Tel: (6082)231 678
      No. Faks: (6082)252 678
      E-mel: pdpa.ijmlandkch@ijm.com

    Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda juga harus disalurkan kepada kami melalui cara ini.

  8. Persetujuan pihak ketiga

    Sekiranya anda telah membekalkan data peribadi pihak ketiga (contohnya, orang hubungan kecemasan anda, penyewa, wakil-wakil yang diberikan kuasa, kontraktor, peguam, ahli kewangan) kepada kami, kami bergantung kepada anda untuk memperoleh dengan secukupnya terlebih dahulu persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membolehkan kami untuk memproses data peribadi mereka berkenaan Tujuan tersebut.


  9. Pindaan Dasar Perlindungan Data Peribadi Kami

    Kami boleh, dari masa ke semasa, perlu atau dikehendaki menukar Dasar Perlindungan Data Peribadi kami untuk mematuhi atau menjadi selaras dengan perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang terpakai serta operasi dan dasar perniagaan kami. Oleh itu, anda mungkin ingin mengkaji sebarang perubahan kepada Dasar Perlindungan Data Peribadi kami di laman web ini dari masa ke semasa.


©2017IJM Land Berhad (187405-T). All Rights Reserved | An IJM Company | Terms & Conditions | Personal Data Notice | Personal Data Policy